Alhamdulillah.. impian kian menjaadi kenyataan.. Sebenarnya ucapan terima kasih harus aku tujukan buat isteri tercinta (Norafizah bt. Shahidan), kerana tanpa kehadirannya aku tentu tak dapat siapkan semuanya dalam tempoh terdekat...
Balik cuti seminggu pada awal June 2009, aku hanya sempat buat pembelian barangan elektrik seperti lampu dan kipas.. Hampir seluruh daerah Seberang Perai, Kulim dan Alor Setar kami redah semata-mata mencari lampu yang sesuai dengan harga yang terbaik..
Akhirnya setelah siap pembelian barangan elektrik tersebut, aku telah buat pemilihan kontraktor elektrik untuk upah penyambungan lampu dan kipas.. Aku juga sempat buat penempahan grill pintu dan tingkap hasil dari usaha isteri tercinta yang mencari harga yang terbaik serta murah.
Yang paling penting kami membuat pembelian hasil dari simpanan duit gaji. Terima kasih sekali lagi untuk isteriku kerana selalu monitor kontraktor besi dan elektrik semasa kerja-kerja dilakukan... Hari ni juga isteriku bersama rakannya telah cuci rumah untuk pertama kalinya...
SYUKUR atas rezeki ini... Alhamdulillah...
Lampu gantung dan grill yang sudah siap dipasang
Lampu gantung di ruang makan dan ruang tamu
ruang makan
menuruni tangga
lampu dinding boleh dilihat ketika naik/turun tangga
kipas dan grill di bilik no2
ini suis dan remote kipas di ruang keluarga
kipas angin kawalan remote dan lampu downlight di bilik tidur utama
lampu gantung di beranda atas rumah
grill tingkap bilik tidur utama
tandas bilik utama
grill bilik utama
lampu dan kipas angin kawalan remote
Bilik ke tiga
tombol kawalan
lampu gantung (beli di Safety Light, Perai)
Lampu dinding untuk naik tangga (dibeli di Safety Light, Perai)
Pemandangan ruang makan dan bersebelahan tangga
grill pintu masuk utama
cantiknya.. 2 set lampu gantung (ruang makan & ruang tamu)
lampu gantung kecil (beli di Light Studio, Bukit Minyak, Penang) di luar rumah
lampu gantung (beli di Light Studio, Bukit Minyak, Penang) di porch kereta
jiran aku dah buat major renovation, bini aku dah tak sabar nak duduk...
Labels: Baiti Jannati